Followers

Friday, June 29, 2012

Warna Diriku

Warna warna yang terlakar
Menerangi segala ruang yang kosong
Baik buruk tiada sempadan
Bergaul rata membaluti hamparan

Berpusing-pusing melayangkan pemandangan
Membuatkan aku seperti di persimpangan
Mencari warna-warna simpanan
Untuk bekalan dimasa hadapan

Putih menonjolkan diri
Keruh berkocak di hati
Mencari rahsia rohani
Yang hilang seperti bayangan pelangi

Berjalan sendiri di titian
Merenungi bayangan kenangan
Berdoa mendapatkan kemaafan
Berhenti melenyapkan perpisahan

Warna yang kian pudar
Merekah di dalam pandangan
Moga berkesan di pengakhiran
Dan terazab di pengadilan kayangan.