Followers

Tuesday, May 8, 2012

Si Cantik Manis

Alangkah indahnya rupamu wahai adinda.
Lembut kata-kata mu serta suara mu.
Membuat diriku kaku dan membeku
Merindui saat bersama mu dahulu.

Kali pertama kita bersua.
Telah membuatkan hati ku terlena.
Dikau umpama rembulan di awangan.
Menjelma seperti bintang di kayangan.

Wahai kekasih sayangku
Indahmu sentiasa di hatiku
Menjelma la dikau
Dalam mimpi-mimpi ku.
Kerana aku sentiasa merindui mu..

Friday, May 4, 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Al'amin