Followers

Wednesday, April 18, 2012

andai aku boleh menulis dan berbicara kepadamu lagi
akan aku nyatakan dengan sepenuh hatiku. bagaimana dan mengapa ianya terjadi
akan aku bisikan di telinga mu seperti gemersik angin yang bertiup.
tetapi sayangnya aku mengerti bahawa ia pasti tidak akan berlaku kerana ketetapan telah tersurat diantara kita. walaupun ada kebenaran yang ingin aku nyatakan tentang diriku yang tidak seperti yang kamu ketahui. namun biarlah ianya kekal abadi di dalam pemikiran mu bahawa siapakah aku di mata mu. mungkin kau sudah lupa akan dan bagaimana hadirnya diri ku dahulu.
bagaimana persefahaman kita dan apa impian kita serta cerita cinta kita.
dengarlah bahawa hati dan perasaan yang aku kandung terhadap mu
akan ku simpan jauh dari hati ku. akan ku kunci ia dengan senyap
supaya ia tidak akan menganggu kamu dan aku harus mengerti bahawa yang kamu masih belum faham maksud diriku ini. dan kemaafan ku sentiasa ada untuk mu. 

No comments:

Post a Comment