Followers

Thursday, February 2, 2012

Tangan kanan dan tangan kiri

cuba kita perhatikan tangan kanan kita dan tangan kiri. mana yang lebih cekap, pantas, dan kuat bila melakukan sebarang pekerjaan.  mesti kita akan cakap tangan kanan lagi lebih power dari tangan kiri kan. tapi bagi orang yang lahirnya kidal lain la pulak. sebab pada mereka mestilah tangan kiri mereka lagi power.

pernah tak kita terfikir, walaupun tangan kanan kita lagi power tapi kita masih memerlukan tangan kiri untuk menjalan setiap perkara. contohnya. kalau kita menaip ...laju tak kalau hanya guna tangan kanan tanpa bantuan tangan kiri? tak kan.. jadi ianya sama la juga dgn setiap anggota badan kita..
kaki..walaupun kita score bola kaki kiri susah nak masuk gol tapi kita masih perlukan kaki kiri untuk bantu kaki kanan kan.. sama juga dengan mata. cuba kita tutup mata sebelah boleh tak kita melihat  dengan jelas..hidung pula cuba kita tutup satu lubang hidung boleh tak kita bernafas dengan baik?

kesimpulan yang kita boleh ambil dari benda ini apa? macam ini la.. maksudnya.. sebenarnya kita memerlu sokongan dalam melakukan perkara atau pekerjaan..barulah semuanya jadi lagi sempurna dan berjaya.. jadi cari lah rakan atau sesiapa sahaja diantara kita untuk sama-sama kita mengecapi kerjayaan yang lebih cemerlang dalam kehidupan...


No comments:

Post a Comment