Followers

Thursday, February 2, 2012

surat untuk hati

haish. kuatlah wahai hati. apa yang kau rasakan bukanlah perkara yang baik. setiap jalan yang kau tempuhi di masa lampau mu sudah cukup buat kau kuat untuk hadapi perkara yang kau alami kini. dan seharusnya kau juga boleh belajar dari pengalaman mu itu untuk kau elakkan dari kehidupan seumpama ini yang akan datang. perasaan yang kau dukungi ini kau simpanlah jauh-jauh kedalam lubuk hati kau. bukan ker kau ada ruang itu yang pernah kau cipta dahulu untuk kau simpan dan kunci. maka sekarang kau bukalah pintu ruang itu semula dan simpan perkara ini.

hati. kau kini sudah kuat. dan kau kini sudah cekal dan tabah. ingatlah bahawa tuhan sentiasa disamping kita walaupun kadang-kadang kau sendiri lupa akan tuhan itu taktala kau bergembira. cari lah cahaya untuk hati mu wahai hati. suluh kan lah hati mu itu dengan sinar dari keterangan yang hakiki.
jasad dan fikiran mu kini teramat sakit wahai hati. kerana kedegilan mu. tidak kasihankah kau kepada bahagian-bahagian yang lain. kau seharusnya menjaga bahagian-bahagian yang lain. jangan kau sakiti fikiran mu.. jasad mu.. dan jiwa mu. walaupun apa yang terjadi kepada kau kini aman sukar tetapi percayalah bahawa kau boleh hadapinya.

biarkan perkara-perkara itu berjalan pergi. kami tahu hati. kami tahu apa yang kau fikirkan. kami faham apa yang kau rasakan. kerana hanya kami sebenarnya yang hanya faham kamu. jadi tenanglah kau wahai hati. kami sentiasa akan menjagamu dengan sebaiknya wahai hati. kau boleh hidup dengan kami.
biar kita sama-sama mengecapi semula kehidupan ini dengan gembira dan bahagia. walaupun hakikatnya hanya kita ini hanya berada di dalam satu tubuh. namun biarlah tuan kita hidup dengan tenang. biarkan dia cipta impian dia. biarkan dia berjaya dalam pekerjaan dan kehidupannya kita sama-sama berusaha membantunya.
kerana kita lah yang mengerakan tuan kita ini.

No comments:

Post a Comment