Followers

Wednesday, February 1, 2012

perbualan antara badan

haish. waktu sedang menunjukkan pukul 12 setengah pagi. tetapi mata ni tidak mahu lelap pula.
macam ada benda yang tak kena berlegar-legar dalam fikiran. kadang-kadang macam membebankan
minda.

nak kongsi macam tak boleh kongsi nak cerita macam tak patut cerita..biarlah tersemat rapi dalam fikiran ini. nanti lama-lama hilanglah dia. bak kata orang-orang tua masak layu sebelum tua...
ehh..ada kena mengena ker benda ni..hehe... tak la..macam ni sepatutnya.."buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali'. maksudnya.. rapati kebaekan dan jauhi kejahatan..

hm tuah cakap.. nak jadi-jadi lah.. jangan banyak pikir. biarlah apa mereka nak buat. nak bergolek ker.. nak bertaut ker.. nak berkasih ker... yang penting jalan nya kita ni satu. dan kita yang corakan perjalanan kita itu sendiri. buang yang buruk-buruk.. campak jauh-jauh dalam longkang...kalau boleh gaung.. ambil yang baek-baek jadi bekalan dan panduan dalam kehidupan yang menanti di depan kita ini.eh..betul ker hm tuah cakap macam ini.. maaf ye hm tuah.. terpromosi nama awak dalam ini pula.

ustaz azhar idrus pulak cakap.. korang kalau nak jadi baek kena betulkan mana yang tak baek tue..
simpangkan jauh-jauh..minta panduan dari tuhan. jangan diminta panduan dari tempat yang salah..
sibuk mencari facebook ..coret sana sini...bikin malu lagu tu nak buat po..
alamak..betul ker ni ayat aku guna nie.. ceh orang asli johor nak kecek kelate konon.. malu la dengan orang serantaro malaya ini...

tapi...pendek kata la.. bukan panjang yang cakap.. kehidupan ni pusing-pusing macam tue jer..esok dia dengan yang ini...esok dengan yang itu...esok nya lagi yang ini dengan yang itu pulak.. haish...pusing-pusing pulok...hukum tuhan nak jadikan perkara lagu tu.. bersebablah kan.. tak kan tak faham-faham lagi.. ker sebenarnya tak nak faham.. MasyaAllah.. semoga jalan yang benar dan baek tue semoga berada lurus di hadapan ini.. panjang kata.. macam ada GPS lurus jer membawa kepada benda yang baek-baek belaka..

 senang kata jangan lah nak runsing kan sangat kepala tue.. buang jer ...nanti lama-lama yang tertidur tue tersedar la. dan kamu ni pun satu jangan nak terhegeh-hegeh... cinta ker...sayang ker....nanti mati esok lusa siapa tahu.. hah ambik ko si pemilik hati kan otak dah marah...hehe...

sudah-sudah.. pergi tidur. esok pagi kan badan tue nak sambung marathon berjoging ...tak kan baru 4hari berturut-turut dah nak berehat.. tak kuat sungguh. banyak lagi benda-benda berfaedah nak buat..jangan ko dengan sangat cakap hati tue.. asyik nak suram jer..hehe..

No comments:

Post a Comment