Followers

Tuesday, January 31, 2012

pusingan waktu

jiwa mula terasa
bila kau hadir dalam hidupku
hati mula tercinta mu
kerana manjanya kamu
telah buatkan ku terlena
akan kebahagiaan dunia

waktu itu berpusing terlalu lama
beronda-ronda keliling fikiranku
setiap masa bersama mu
seperti bunga dan debunga
berterbangan si kumbang
menyedut pati cinta
yg akhirnya terbinasa

pusingan waktu
mengubah segalanya
cinta yang terlena
terjaga dari nyenyaknya

walau langit dan bumi
jarak memisahkan kita
walau guruh dan petir
bergelora menhentam kita
tetapi hati ini
selamanya tetap untukmu

Cinta Yang Kejam

Kasih telah ditaburkan
Cinta disematkan
Perasaan diikatkan
Jiwa dimatikan

Kadang-kadang ianya terlihat
seperti sesuatu yang salah
pertaruhan muncul
kesilapan demi kesilapan
terlaksana kerana sebutir
perasaan kasih dan sayang 


Memiliki hati yang suci
adalah perkara yang indah
mempunyai perasaan yang ikhlas
adalah perkara yang tenang

Kasih itu..
tidak akan kekal
akan hanyut berdebu ke udara
berterbangan mengalir ke lautan
tidak akan ada mimpi
tidak akan ada khalayan
kerana rekacipta
itulah cinta yang kejam