Followers

Friday, June 29, 2012

Warna Diriku

Warna warna yang terlakar
Menerangi segala ruang yang kosong
Baik buruk tiada sempadan
Bergaul rata membaluti hamparan

Berpusing-pusing melayangkan pemandangan
Membuatkan aku seperti di persimpangan
Mencari warna-warna simpanan
Untuk bekalan dimasa hadapan

Putih menonjolkan diri
Keruh berkocak di hati
Mencari rahsia rohani
Yang hilang seperti bayangan pelangi

Berjalan sendiri di titian
Merenungi bayangan kenangan
Berdoa mendapatkan kemaafan
Berhenti melenyapkan perpisahan

Warna yang kian pudar
Merekah di dalam pandangan
Moga berkesan di pengakhiran
Dan terazab di pengadilan kayangan.

Tuesday, May 8, 2012

Si Cantik Manis

Alangkah indahnya rupamu wahai adinda.
Lembut kata-kata mu serta suara mu.
Membuat diriku kaku dan membeku
Merindui saat bersama mu dahulu.

Kali pertama kita bersua.
Telah membuatkan hati ku terlena.
Dikau umpama rembulan di awangan.
Menjelma seperti bintang di kayangan.

Wahai kekasih sayangku
Indahmu sentiasa di hatiku
Menjelma la dikau
Dalam mimpi-mimpi ku.
Kerana aku sentiasa merindui mu..

Friday, May 4, 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Al'amin

Friday, April 27, 2012

YanG TerIndah

Angin kering berhembus menyapa langkahku, Dan sendiri saja hanya sepi tertelan
Wajah-wajah yang hadir kembali bertanya, Memaksaku pergi mengingat dirimu di sini
Daun kering yang jatuh ke tempat ini, Membawaku lelah di bayang senyummu
Lalu yang letih dalam dekapmu, Dan terasa dekat damai di hati
Di sini Di rinduku kini

Wednesday, April 25, 2012

Jika Kau BerCInta Lagi.

Jika kau berCinta lagi, Cintailah sepenuhnya..
Jika kau berCinta lagi, Jagalah kau Hatinya..
Engkau yang memilihnya, Tanpa memikirkan diriKu...
Kini ku hanya dapat berDoa agar berbahagia kau disampingnya..
Aku Tak dapat menghalang Engkau punya kemahuan sendiri
Biar ku hidup hanya mengenang Peristiwa yang tak dapat ku lupa..Selamat tinggal Aku mengundurkan diri.

Wednesday, April 18, 2012

andai aku boleh menulis dan berbicara kepadamu lagi
akan aku nyatakan dengan sepenuh hatiku. bagaimana dan mengapa ianya terjadi
akan aku bisikan di telinga mu seperti gemersik angin yang bertiup.
tetapi sayangnya aku mengerti bahawa ia pasti tidak akan berlaku kerana ketetapan telah tersurat diantara kita. walaupun ada kebenaran yang ingin aku nyatakan tentang diriku yang tidak seperti yang kamu ketahui. namun biarlah ianya kekal abadi di dalam pemikiran mu bahawa siapakah aku di mata mu. mungkin kau sudah lupa akan dan bagaimana hadirnya diri ku dahulu.
bagaimana persefahaman kita dan apa impian kita serta cerita cinta kita.
dengarlah bahawa hati dan perasaan yang aku kandung terhadap mu
akan ku simpan jauh dari hati ku. akan ku kunci ia dengan senyap
supaya ia tidak akan menganggu kamu dan aku harus mengerti bahawa yang kamu masih belum faham maksud diriku ini. dan kemaafan ku sentiasa ada untuk mu. 

Thursday, April 12, 2012

tiada duka yang abadi

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani..

Wednesday, April 11, 2012

Rindu dan Cinta

Rindu : Assalammualaikum Cinta

Cinta : Waalaikumusalam Rindu,
           Jangan Biarkan Hadir Mu
           Sekejap Mata Dan
           Jangan Biarkan Kebersamaan
           Kita hanyalah Sementara

Rindu : Insyallah taa'la

Tuesday, April 3, 2012

"Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemani
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini  kelam
Biar ia sepi sepertiku "

Monday, April 2, 2012

hadapi dengan senyuman

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan

Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang.

Sunday, February 5, 2012

lari - lari kecil

aku berlari lari kecil
mengejar bayangan pelangi
mengikat kasut putih
mendukung kisah semalam

mencari sinar cahaya kelam
bersuluh langit yang terang
taktala malam yang kegelapan
muncul menghembus siulan

sinar harapan kian hilang
pelita terang makin suram
kelam aku dalam gelisah
mengenang kisah silam

lari-lari aku
berjauh dari khayalan
lari-lari aku
merapati kepada kenangan

hidup dan pilihan
adalah suratan
memilih antara silam
ataupun hadapan.


mengorak langkah
agar kau sempurna
meniti pelangi
supaya kau gembira.





Thursday, February 2, 2012

surat untuk hati

haish. kuatlah wahai hati. apa yang kau rasakan bukanlah perkara yang baik. setiap jalan yang kau tempuhi di masa lampau mu sudah cukup buat kau kuat untuk hadapi perkara yang kau alami kini. dan seharusnya kau juga boleh belajar dari pengalaman mu itu untuk kau elakkan dari kehidupan seumpama ini yang akan datang. perasaan yang kau dukungi ini kau simpanlah jauh-jauh kedalam lubuk hati kau. bukan ker kau ada ruang itu yang pernah kau cipta dahulu untuk kau simpan dan kunci. maka sekarang kau bukalah pintu ruang itu semula dan simpan perkara ini.

hati. kau kini sudah kuat. dan kau kini sudah cekal dan tabah. ingatlah bahawa tuhan sentiasa disamping kita walaupun kadang-kadang kau sendiri lupa akan tuhan itu taktala kau bergembira. cari lah cahaya untuk hati mu wahai hati. suluh kan lah hati mu itu dengan sinar dari keterangan yang hakiki.
jasad dan fikiran mu kini teramat sakit wahai hati. kerana kedegilan mu. tidak kasihankah kau kepada bahagian-bahagian yang lain. kau seharusnya menjaga bahagian-bahagian yang lain. jangan kau sakiti fikiran mu.. jasad mu.. dan jiwa mu. walaupun apa yang terjadi kepada kau kini aman sukar tetapi percayalah bahawa kau boleh hadapinya.

biarkan perkara-perkara itu berjalan pergi. kami tahu hati. kami tahu apa yang kau fikirkan. kami faham apa yang kau rasakan. kerana hanya kami sebenarnya yang hanya faham kamu. jadi tenanglah kau wahai hati. kami sentiasa akan menjagamu dengan sebaiknya wahai hati. kau boleh hidup dengan kami.
biar kita sama-sama mengecapi semula kehidupan ini dengan gembira dan bahagia. walaupun hakikatnya hanya kita ini hanya berada di dalam satu tubuh. namun biarlah tuan kita hidup dengan tenang. biarkan dia cipta impian dia. biarkan dia berjaya dalam pekerjaan dan kehidupannya kita sama-sama berusaha membantunya.
kerana kita lah yang mengerakan tuan kita ini.

Tangan kanan dan tangan kiri

cuba kita perhatikan tangan kanan kita dan tangan kiri. mana yang lebih cekap, pantas, dan kuat bila melakukan sebarang pekerjaan.  mesti kita akan cakap tangan kanan lagi lebih power dari tangan kiri kan. tapi bagi orang yang lahirnya kidal lain la pulak. sebab pada mereka mestilah tangan kiri mereka lagi power.

pernah tak kita terfikir, walaupun tangan kanan kita lagi power tapi kita masih memerlukan tangan kiri untuk menjalan setiap perkara. contohnya. kalau kita menaip ...laju tak kalau hanya guna tangan kanan tanpa bantuan tangan kiri? tak kan.. jadi ianya sama la juga dgn setiap anggota badan kita..
kaki..walaupun kita score bola kaki kiri susah nak masuk gol tapi kita masih perlukan kaki kiri untuk bantu kaki kanan kan.. sama juga dengan mata. cuba kita tutup mata sebelah boleh tak kita melihat  dengan jelas..hidung pula cuba kita tutup satu lubang hidung boleh tak kita bernafas dengan baik?

kesimpulan yang kita boleh ambil dari benda ini apa? macam ini la.. maksudnya.. sebenarnya kita memerlu sokongan dalam melakukan perkara atau pekerjaan..barulah semuanya jadi lagi sempurna dan berjaya.. jadi cari lah rakan atau sesiapa sahaja diantara kita untuk sama-sama kita mengecapi kerjayaan yang lebih cemerlang dalam kehidupan...


Wednesday, February 1, 2012

TIdur ker tak

Haish. lately ni tidur macam tak berapa tidur., boleh ker kalau tidur sekadar 2,3 jam sehari ni. Risau jugak tup-tup esok mata terus tertutup. Cukup ker amal aku ini. Taubat pun macam tak taubat. Amboi!!

Hari ini hari wilayah persekutuan. pejam celik pejam celik macam kejap jer masa tue berlalu. berpusing  macam gasing kot kalau kita tengok dari pandangan jauh nun dari Pluto kot...Maklumlah.. pluto tue berapa lama dia nak lengkapkan pusingan dia. Tapi itula.. walaupun masa tue berpusing laju katanya.

Tapi masih ada yang masih tidur tak bangun-bangun. Dalam istilah katanya tidak sedar-sedar. Hehe. Bangunlah bangsa ku.. bangkitlah kawan-kawan ku.. sahabat ku..saudara-saudara ku...Kalau tak silap ada terbaca dalam buku Hm Tuah. Dia cakap ada satu jurnal ker eksikplodia( ceh betul jer ejaan..gigih) macam tu la.. dalam tue diorang cakap " the laziest people in world is Malay ". Hah.. amik kau.. tapi betul ker? kalau ada yang nak tahu cuba try cari. kalau jumpa share2 la kat sini ye.

Sebenarnya nak kata orang melayu ni malas. ada lagi bangsa lain yang lagi malas. I ni rajin jer..siap banyak kali dipuji oleh bos-bos mat saleh kat sweden tue. ada lagi tue.. I ni juga lah yang tolong jaga Malta untuk beberapa minggu. Kira rajin la tue. Betul kan.. I nie melayu juga.Pandai-pandai jer ensikplodia tue kan.. Cehh.. Marah nie...

Apa nak tulis lagi nie.. cehh.. malasa lah pulak nak taip panjang-panjang apa kata kita tidur dulu..OPs...dah sah-sah malasnya... cuba-cubalah pada mereka yang cuti pada hari ini sama-sama mengisi masa itu dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan asyik nak melengkor jer sampai ke tengah hari..tengok i ni.. tidur 2 jam pun masih mampu berkerja untuk 22 jam yang akan datang.. Haish..

'Elakkan peperangan rapatkan pertalian, baru tenang jiwa' - aman to peace


perbualan antara badan

haish. waktu sedang menunjukkan pukul 12 setengah pagi. tetapi mata ni tidak mahu lelap pula.
macam ada benda yang tak kena berlegar-legar dalam fikiran. kadang-kadang macam membebankan
minda.

nak kongsi macam tak boleh kongsi nak cerita macam tak patut cerita..biarlah tersemat rapi dalam fikiran ini. nanti lama-lama hilanglah dia. bak kata orang-orang tua masak layu sebelum tua...
ehh..ada kena mengena ker benda ni..hehe... tak la..macam ni sepatutnya.."buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali'. maksudnya.. rapati kebaekan dan jauhi kejahatan..

hm tuah cakap.. nak jadi-jadi lah.. jangan banyak pikir. biarlah apa mereka nak buat. nak bergolek ker.. nak bertaut ker.. nak berkasih ker... yang penting jalan nya kita ni satu. dan kita yang corakan perjalanan kita itu sendiri. buang yang buruk-buruk.. campak jauh-jauh dalam longkang...kalau boleh gaung.. ambil yang baek-baek jadi bekalan dan panduan dalam kehidupan yang menanti di depan kita ini.eh..betul ker hm tuah cakap macam ini.. maaf ye hm tuah.. terpromosi nama awak dalam ini pula.

ustaz azhar idrus pulak cakap.. korang kalau nak jadi baek kena betulkan mana yang tak baek tue..
simpangkan jauh-jauh..minta panduan dari tuhan. jangan diminta panduan dari tempat yang salah..
sibuk mencari facebook ..coret sana sini...bikin malu lagu tu nak buat po..
alamak..betul ker ni ayat aku guna nie.. ceh orang asli johor nak kecek kelate konon.. malu la dengan orang serantaro malaya ini...

tapi...pendek kata la.. bukan panjang yang cakap.. kehidupan ni pusing-pusing macam tue jer..esok dia dengan yang ini...esok dengan yang itu...esok nya lagi yang ini dengan yang itu pulak.. haish...pusing-pusing pulok...hukum tuhan nak jadikan perkara lagu tu.. bersebablah kan.. tak kan tak faham-faham lagi.. ker sebenarnya tak nak faham.. MasyaAllah.. semoga jalan yang benar dan baek tue semoga berada lurus di hadapan ini.. panjang kata.. macam ada GPS lurus jer membawa kepada benda yang baek-baek belaka..

 senang kata jangan lah nak runsing kan sangat kepala tue.. buang jer ...nanti lama-lama yang tertidur tue tersedar la. dan kamu ni pun satu jangan nak terhegeh-hegeh... cinta ker...sayang ker....nanti mati esok lusa siapa tahu.. hah ambik ko si pemilik hati kan otak dah marah...hehe...

sudah-sudah.. pergi tidur. esok pagi kan badan tue nak sambung marathon berjoging ...tak kan baru 4hari berturut-turut dah nak berehat.. tak kuat sungguh. banyak lagi benda-benda berfaedah nak buat..jangan ko dengan sangat cakap hati tue.. asyik nak suram jer..hehe..

Tuesday, January 31, 2012

pusingan waktu

jiwa mula terasa
bila kau hadir dalam hidupku
hati mula tercinta mu
kerana manjanya kamu
telah buatkan ku terlena
akan kebahagiaan dunia

waktu itu berpusing terlalu lama
beronda-ronda keliling fikiranku
setiap masa bersama mu
seperti bunga dan debunga
berterbangan si kumbang
menyedut pati cinta
yg akhirnya terbinasa

pusingan waktu
mengubah segalanya
cinta yang terlena
terjaga dari nyenyaknya

walau langit dan bumi
jarak memisahkan kita
walau guruh dan petir
bergelora menhentam kita
tetapi hati ini
selamanya tetap untukmu

Cinta Yang Kejam

Kasih telah ditaburkan
Cinta disematkan
Perasaan diikatkan
Jiwa dimatikan

Kadang-kadang ianya terlihat
seperti sesuatu yang salah
pertaruhan muncul
kesilapan demi kesilapan
terlaksana kerana sebutir
perasaan kasih dan sayang 


Memiliki hati yang suci
adalah perkara yang indah
mempunyai perasaan yang ikhlas
adalah perkara yang tenang

Kasih itu..
tidak akan kekal
akan hanyut berdebu ke udara
berterbangan mengalir ke lautan
tidak akan ada mimpi
tidak akan ada khalayan
kerana rekacipta
itulah cinta yang kejam