Followers

Tuesday, October 11, 2011

Perhijrahan ke Mentari Court, Sunway

Alhamdulillah....Maha puji-pujian bagi Allah S.W.T diatas segala urusan aman yang telah di permudahkan.
Aman bersyukur banyak-banyak kerana akhirnya aman dapat juga sebuah bilik yang amat selesa untuk aman menetap. Kawan-kawan, aman ingin beritahu bahawa sekarang aman sudah berjaya mendapat tempat untuk aman tinggal. Lokasinya adalah di Mentari Court, Sunway.
Ini adalah kali pertama untuk sekian kalinya aman duduk menetap sendirian di Kuala Lumpur. Andai sebelum ini aman menetap bersama teman rapat aman. Tetapi, kini aman perlu hidup berdikari sendiri di Kuala Lumpur ini.
Pada mulanya, aman hampir-hampir putus asa untuk mencari rumah di Kuala Lumpur tetapi aman sentiasa mendapat dorongan dari sahabat-sahabat aman serta dari keluarga aman. Maka, aman berusaha dengan lebih gigih. Dan akhirnya pada waktu ini aman berada di dalam rumah sewa yang mana akhirnya aman duduk bersendirian.. Kalau diingatkan kembali kesukaran selama 3 minggu berada di Kuala Lumpur tanpa tempat tinggal yang tetap memang memeritkan. Aman berpindah randah. Tumpang tidur di rumah kawan-kawan, tidur dalam kereta dan tidur di office sendiri. Memang suatu pengalaman yang amat berharga untuk aman jadikan panduan dan teladan dalam kehidupan aman.
Dan mulai saat ini, aman perlu berdikari hidup bersendirian di Kuala Lumpur. InsyAllah, aman akan berusaha untuk perbaiki segala salah silap aman dan berusaha untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup serta berguna kepada keluarga, bangsa, negara dan agama.
Akhir kata, Setiap perkara yang berlaku itu terselit seribu hikmahnya yang tersendiri,, Sama-samalah kita mencari hikmah dari setiap perkara itu. InsyAllah..
Salam.
Harman

No comments:

Post a Comment