Followers

Wednesday, October 12, 2011

In other words.

Alhamdulillah... hari kedua sudah pun berlalu... Nampaknya aman semakin bertambah tenang dan selesa bila duduk bersendirian.. Adakalanya, lebih baik kita memikirkan perihat tentang diri kita sendiri daripada perihal orang lain. Kerana sayangi lah diri kita sendiri kerana tiada orang lain yang akan menyayangi diri kita selain daripada kita..
Aman mahu kongsi sedikit kata-kata motivasi yang aman dapat dari seorang rakan sekerja aman. Beribu terima kasih kepada beliau kerana berkongsi sesuatu yang pada aman mengingatkan kita...
'Jangan sesekali merendahkan dirimu tuhan memberikan kamu hidup bukan kerana kamu memerlukannya, tetapi kerana seseorang memerlukannya'.
'Jangan hiraukan mereka yangg merendahkan mu. siapa dirimu hanya'
'kamu yang tahu, hanya kamu yg menentukan , bukan mereka'.
'Menjadi yang terbaik lebih penting dari menjadi yang pertama.'
'Jangan terlalu bergantung pada orang lain. kamu lebih hebat dari yang kamu fikirkan, hanya kamu yang tak menyedarinya'
'Jangan ditangisi dia yang mengkhianatimu. Bersyukurlah, kerana tuhan telah menunjukkan bahawa dia bukan orang yang tepat/sesuai untuk mu'
'Jangan membuang tenaga untuk membalas dendam, hukum alam ini lebih mengerikan untuk orang sedemikian'
'Jangan lari dari masalah, kerana masalah akan sentiasa mengekori. yang harus dilakukan adalah pelajari cara mengatasinya'
'Jangan rendahkan dirimu, kamu dilahirkan dengan potensi yang hebat. manfaatkanalah. mereka adalah jambatan menuju kebahagiaan'
'Sesuatu yang dimulakan dengan kebaikan akan menghasilkan kebaikan. namun jika hasilnya bukan yang terbaik, maka itu bukanlah yang terakhir.'
'Rasa cemburu merugikan dirimu. luangkan waktu untuk bersyukur atas segala yang kamu miliki. kamu adalah terbaik dengan caramu sendiri'
'Hidup selalu mempunyai rintangan yang membuatkan mu jatuh tersungkur. namun apa yang benar-benar membuatkan dirimu jatuh adalah sikap mu sendiri'
'Jangan ada dalam kotak fikiran kamu adalah nobody, kerana kamu tak pernah tahu bahawa ada seseorang yang berfikir, kamu adalah segalanya'
'Jangan fikirkan mereka yang membenci mu, kerana mereka hanya cemburu atas peribadi mu yg mulia. abaikanlah mereka dan terus melangkah'
'Saya tidak bangga atas kekhilafan saya, tapi saya bangga saya dapat belajar dari kekhilafan yang pernah saya lakukan'
'Jangan memandang rendah dirimu sendiri, jika kamu tidak bahagia dengan hidupmu saat ini, bermuhasabahklah dan terus berusaha'
'Semua orang punya kekuatan dan kelemahan, tapi jika kamu tidak menghargai kelemahn kamu, kamu sebenarnye tidak menghargai diri mu sendiri'

1 comment:

  1. xmo la sorg2...nnt niel teman hang out2 k... xpon aman teman niel oncall hahahahaha

    ReplyDelete