Followers

Tuesday, May 17, 2011

Bila masa mula berdetik.

Salam dan selamat sejahtera semua...

Terlebih dahulu aman panjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas nikmat kurniaan, berkat dan kesempurnaan yang diberi pinjam pada aman ketika ini.
Tidak dapat digambarkan betapa bertuahnya kehidupan ini. Alhamdulillah..Pujian-Pujian pada ALLAH SWT.

Rasanya sudah sekian lamanya aman tinggalkan dunia blooger ini. Semuanya bukan kerana aman tidak berminat tetapi kerana perubahan hidup aman telah membuatkan aman sibuk dengan urusan-urusan lain. Walaubagaimanapun, kini aman akan mula bergiat aktif semula dalam blogger ni. Marilah kita sama2 memeriahkan dunia blogger kita...."mari kita rencanakan informasi dan inovasi kita ke dalam alam cyber ini".

Terlalu banyak perkara yang ingin aman kongsikan. Dan aman akan cuba tampalkan segalanya dalam blog ini secebis demi secebis tentang perihal dunia aman kini dan akan datang.

Kini sudah hampir genap 3 bulan aman pindah ke Kuala Lumpur dan menukar kerjaya aman kepada bidang yang lebih profesional. Aman kini menetap di sebuah apartment di Pantai Dalam dan aman bekerja di sebuah firma luar negara di Bangsar South sebagai seorang Pakar Sokongan IT dan aman terus terangkan katakan kerjaya baru aman ini membantu aman meningkatkan dan membina kerjaya masa depan aman. Alhamdulillah, kerana disinilah akan aman perolehi pengalaman baru. InsyAllah



Tempat Kerja baru aman, Wisma F-Secure.

1 comment: