Followers

Tuesday, November 1, 2011

Sepi

sepi...
kenapa kau datang lagi..
kenapa kau muncul lagi dalam hidupku..
adakah kerana kau amat merindui aku..
aku faham sepi..
bagaimana perasaannya bila kita merindui seseorang..
bagaimana pilunya hati dan sunyinya jiwa...
bagaimana rasanya bila kita kehilangan
sesuatu yang kita cintai dan sayangi
sepi..
kini kau punyai aku..
kau ambillah hatiku..
kau bentukkanlah jiwaku...
aku tak ingin hati ini lagi..
aku tak ingin jiwa ini lagi..
aku tak mahu apa-apa..
sepi...
kenapa kini baru engkau hadir..
mengapa tidak dahulu,.,,
mengapa kau tinggalkan aku dahulu..
mengapa sepi...
kerana engkau tinggalkan aku dahulu
maka terjadilah ia seperti ini.
          sepi..
andai dulu kau bersama aku.
maka tidak ada hati ini untuk nya...
tapi kini hati ini telah mati untuk nya..
hati ini telah dikunci olehnya
hati ini amat mencintainya
sepi..
aku menangis lagi sepi..
aku rebah lagi sepi..
aku tidak mahu hidup dalam kegelapan ini sepi..
aku tidak mahu kesunyian ini sepi...
sepi...
ambil lah hatiku.

ambil lah jiwaku.
.
ambil lah jasadku..
aku serahkan segalanya pada mu ...

Wednesday, October 12, 2011

In other words.

Alhamdulillah... hari kedua sudah pun berlalu... Nampaknya aman semakin bertambah tenang dan selesa bila duduk bersendirian.. Adakalanya, lebih baik kita memikirkan perihat tentang diri kita sendiri daripada perihal orang lain. Kerana sayangi lah diri kita sendiri kerana tiada orang lain yang akan menyayangi diri kita selain daripada kita..
Aman mahu kongsi sedikit kata-kata motivasi yang aman dapat dari seorang rakan sekerja aman. Beribu terima kasih kepada beliau kerana berkongsi sesuatu yang pada aman mengingatkan kita...
'Jangan sesekali merendahkan dirimu tuhan memberikan kamu hidup bukan kerana kamu memerlukannya, tetapi kerana seseorang memerlukannya'.
'Jangan hiraukan mereka yangg merendahkan mu. siapa dirimu hanya'
'kamu yang tahu, hanya kamu yg menentukan , bukan mereka'.
'Menjadi yang terbaik lebih penting dari menjadi yang pertama.'
'Jangan terlalu bergantung pada orang lain. kamu lebih hebat dari yang kamu fikirkan, hanya kamu yang tak menyedarinya'
'Jangan ditangisi dia yang mengkhianatimu. Bersyukurlah, kerana tuhan telah menunjukkan bahawa dia bukan orang yang tepat/sesuai untuk mu'
'Jangan membuang tenaga untuk membalas dendam, hukum alam ini lebih mengerikan untuk orang sedemikian'
'Jangan lari dari masalah, kerana masalah akan sentiasa mengekori. yang harus dilakukan adalah pelajari cara mengatasinya'
'Jangan rendahkan dirimu, kamu dilahirkan dengan potensi yang hebat. manfaatkanalah. mereka adalah jambatan menuju kebahagiaan'
'Sesuatu yang dimulakan dengan kebaikan akan menghasilkan kebaikan. namun jika hasilnya bukan yang terbaik, maka itu bukanlah yang terakhir.'
'Rasa cemburu merugikan dirimu. luangkan waktu untuk bersyukur atas segala yang kamu miliki. kamu adalah terbaik dengan caramu sendiri'
'Hidup selalu mempunyai rintangan yang membuatkan mu jatuh tersungkur. namun apa yang benar-benar membuatkan dirimu jatuh adalah sikap mu sendiri'
'Jangan ada dalam kotak fikiran kamu adalah nobody, kerana kamu tak pernah tahu bahawa ada seseorang yang berfikir, kamu adalah segalanya'
'Jangan fikirkan mereka yang membenci mu, kerana mereka hanya cemburu atas peribadi mu yg mulia. abaikanlah mereka dan terus melangkah'
'Saya tidak bangga atas kekhilafan saya, tapi saya bangga saya dapat belajar dari kekhilafan yang pernah saya lakukan'
'Jangan memandang rendah dirimu sendiri, jika kamu tidak bahagia dengan hidupmu saat ini, bermuhasabahklah dan terus berusaha'
'Semua orang punya kekuatan dan kelemahan, tapi jika kamu tidak menghargai kelemahn kamu, kamu sebenarnye tidak menghargai diri mu sendiri'

Tuesday, October 11, 2011

Perhijrahan ke Mentari Court, Sunway

Alhamdulillah....Maha puji-pujian bagi Allah S.W.T diatas segala urusan aman yang telah di permudahkan.
Aman bersyukur banyak-banyak kerana akhirnya aman dapat juga sebuah bilik yang amat selesa untuk aman menetap. Kawan-kawan, aman ingin beritahu bahawa sekarang aman sudah berjaya mendapat tempat untuk aman tinggal. Lokasinya adalah di Mentari Court, Sunway.
Ini adalah kali pertama untuk sekian kalinya aman duduk menetap sendirian di Kuala Lumpur. Andai sebelum ini aman menetap bersama teman rapat aman. Tetapi, kini aman perlu hidup berdikari sendiri di Kuala Lumpur ini.
Pada mulanya, aman hampir-hampir putus asa untuk mencari rumah di Kuala Lumpur tetapi aman sentiasa mendapat dorongan dari sahabat-sahabat aman serta dari keluarga aman. Maka, aman berusaha dengan lebih gigih. Dan akhirnya pada waktu ini aman berada di dalam rumah sewa yang mana akhirnya aman duduk bersendirian.. Kalau diingatkan kembali kesukaran selama 3 minggu berada di Kuala Lumpur tanpa tempat tinggal yang tetap memang memeritkan. Aman berpindah randah. Tumpang tidur di rumah kawan-kawan, tidur dalam kereta dan tidur di office sendiri. Memang suatu pengalaman yang amat berharga untuk aman jadikan panduan dan teladan dalam kehidupan aman.
Dan mulai saat ini, aman perlu berdikari hidup bersendirian di Kuala Lumpur. InsyAllah, aman akan berusaha untuk perbaiki segala salah silap aman dan berusaha untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup serta berguna kepada keluarga, bangsa, negara dan agama.
Akhir kata, Setiap perkara yang berlaku itu terselit seribu hikmahnya yang tersendiri,, Sama-samalah kita mencari hikmah dari setiap perkara itu. InsyAllah..
Salam.
Harman

Monday, October 10, 2011

Bila "PeaCE' tidak lagi "aman".

Salam Satu Blog semua...
Hari ini entri aman bertajuk "Bila Peace tidak lagi Aman". Kenapa ye... Sekejap eh.... Baca kat bawah ni.
"peace - it does not mean to be in a place where there is no noise, trouble or hard works, it means to be in the midst of those things and still be calm in your heart."
Quote yang best sangat-sangat best.. Macam aman...sentiasa cool jer.... Tenang walaupun hakikatnya di dalam hanya yang Maha Mengetahui sahaja tahu kebenarannya..
Kita balik semula kepada tajuk aman semula.... Sebenarnya aman nak cakap yang ke'peace'an aman telah pecah... Macamana entah masa tengah sibuk-sibuk kemas desktop aman tertiba tersinggul mug aman ni..lalu jatuh la dia berkecai... Sebab itulah aman tulis entri ni....
"bila Peace tidal lagi Aman"

Friday, October 7, 2011

Pulang ke pangkuan asal ku..

Arrrghhh.... Keringnya tekak bila bangun tidur ni.. Maklumlah, lama tak tidur siang..
Sebenarnya, aman kepenatan apabila seharian tak tidur sebab aman sampai Johor pada pukul 730pg tadi dari KL. (@-@)

Huh... azabnya nak tidur tadi. Kaseh sama Fasha..tak habis-habis kacau aman tidur...
Agaknya diorang rindu aman kot, yela..lama tak jumpa dah tu bila nampak aman lak..aman nyenyak tidur... Sakit juga la,. bila tidur tadi..di tampar2 pipi aman..di cakar2 muka aman.... di tarik2 rambut aman....Masa tue,, tak larat nak buat apa...just tepis2 jer... Boleh pula Ayah Ibu dia ghaib macam tue jer.. Hantar anak dia kat rumah family than terus ghaib..
Tapi bila terjaga tadi.. dua2 budak cilik tu dah tak de...Sunyi la pulak....
Tapi takpe lah aman tunggu petang ni, si Eisya sama Danial mesti datang punya.sebab esok kan da cuti..hehe...

Sebenarnya,
Tujuan aman balik cuti awal kat rumah family ni sebab..
Aman nak tenangkan fikiran dan pulihkan semula kerohanian aman...
Setelah, apa yang aman alami dan tempuhi kebelakangan ini telah
membuatkan hati aman terpusing sedikit dari kedudukannya..
Kerana terlalu menjaga hati aman sendiri akhirnya secara tak langsung aman juga
telah mengecewakan diri aman sendiri.. Aman terlalu berharap kepada perkara yang tidak mungkin kembali kepada aman..

Dan kini baru aman sedar.. Dah tiba masa aman kena lepaskan DIA....
Walaupun berat keputusan ini.. tapi ini adalah yang terbaik untuk kami..
Dia sudah punyai kehidupan baru yang mana kehadiran aman memang tidak
lagi bermakna disaat ini.. Apa pun.. Aman akan selalu rindu dan ingat pada DIA..
DIA adalah sesuatu yang terlalu bermakna dalam hidup aman...
Sesuatu yang aman akan simpan dalam hati aman sehingga hujung nafas aman..
Sesuatu yang aman akan kenang sepanjang hidup aman...
Dan ketahuilah bahawa, aman pergi kerana aman terlalu sayangkan dia..
I LOVE U till in the end of my life.

Disamping itu, aman nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rosbiyah dan En.Baskar...I smurf both of you.. Hehe....
Best sangat malam tadi bila dapat hangout dgn korang..
Especially, Baskar... thanks for sharing with me.. You re my best friend forever.. (^_^)...

Thursday, October 6, 2011

Malam masih terang~

Salam...
hi semua.. apa khabar semoga semua sihat2 belaka. Jangan terlebih sihat sudah nanti merana jiwa dan raga. Entri terbaru aman kali ini malam masih terang... Kenapa masih terang ye?

Entah, mungkin sebab semua perkara yang terjadi kepada kita adalah seperti roda.
berpusing-pusing pada satu kitaran yang sama. Kejap berada dekat atas.. kejap dekat bawah...kejap dekat tepi...kiri kanan... So, kesimpulannya.... setiap kita akan rasa bila kita berada pada setiap kehidupan itu. Sama ada rasa gembira...sedih dan sebagainya...
Dakam kata lain, ianya macam bumi juga.. Berpusing pada paksinya dan beredar di dalam bima sakti.. Eh..yeye2 jer Betul ker....? Anda jawab la sendiri... Kalau salah tolong betul kann eh..

Malam ini,, aman rasa tenang sangat... entahlah..bila lihat keriuhan kat Kuala Lumpur ni rasa macam tiada malam pula di sini... Sebab itu juga lah aman cakap ' malam masih terang'...
Lepas ni aman nk tulis lirik pulak la... "malam masih terang'., So nantikan la kemunculannya...

Akhirnya,, sebelum menutup entri kali ni.. Aman nk ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu aman taktala aman berada di kedudukan bawah roda...
Tanpa kawan-kawan disisi sudah tentu aman terlantar ketepi... Thank you very2 much kawan2..
Muahhhh....Kiss kat pipi korang smbil menampal air liur sekali... yeeuwkkk.. hahaha

Alhamdulillah... segala pujian-pujian kepada yang Maha Berkuasa...
Kerana menyayangi aman. Ketahuilah sahabat dan kawan-kawan ku sekalian.. setiap kejadian yang berlaku itu adalah kerana DIA ingin menguji kita dan menyayangi kita.. Ingatlah bahawa kita seharusnya mengingati tidak hanya ketika kita bersedih..tetapi juga ketika kita gembira...

Tuesday, May 17, 2011

Bila masa mula berdetik.

Salam dan selamat sejahtera semua...

Terlebih dahulu aman panjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas nikmat kurniaan, berkat dan kesempurnaan yang diberi pinjam pada aman ketika ini.
Tidak dapat digambarkan betapa bertuahnya kehidupan ini. Alhamdulillah..Pujian-Pujian pada ALLAH SWT.

Rasanya sudah sekian lamanya aman tinggalkan dunia blooger ini. Semuanya bukan kerana aman tidak berminat tetapi kerana perubahan hidup aman telah membuatkan aman sibuk dengan urusan-urusan lain. Walaubagaimanapun, kini aman akan mula bergiat aktif semula dalam blogger ni. Marilah kita sama2 memeriahkan dunia blogger kita...."mari kita rencanakan informasi dan inovasi kita ke dalam alam cyber ini".

Terlalu banyak perkara yang ingin aman kongsikan. Dan aman akan cuba tampalkan segalanya dalam blog ini secebis demi secebis tentang perihal dunia aman kini dan akan datang.

Kini sudah hampir genap 3 bulan aman pindah ke Kuala Lumpur dan menukar kerjaya aman kepada bidang yang lebih profesional. Aman kini menetap di sebuah apartment di Pantai Dalam dan aman bekerja di sebuah firma luar negara di Bangsar South sebagai seorang Pakar Sokongan IT dan aman terus terangkan katakan kerjaya baru aman ini membantu aman meningkatkan dan membina kerjaya masa depan aman. Alhamdulillah, kerana disinilah akan aman perolehi pengalaman baru. InsyAllah



Tempat Kerja baru aman, Wisma F-Secure.