Followers

Sunday, September 13, 2009

Ramadhan dan Raya..

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada seluruh umat ISLAM serantau.

Pejam celik...pejam celik hampir 23 hari kita berpuasa...dan semakin hampir kita kepada hari raya...iaitu hari kemenangan umat ISLAM...
Tapi menang kah kita,, bagi aku Ramadhan ini merupakan ramadhan yang amat berbeza..
entah lah mana dtg bezanya tp ianyanya memang berbeza..
Mungkin ramahdan ini ku rasakan berbeza kerana langkah ku yang kini semakin menuju ke
alam yang lebih dewasa..
Aku sedar aku bukan budak2 lagi ataupun orang cakap remaja...aku kini seharusnya memikirkan tentang perihal orang dewasa...
Semoga aku akan menjadi lebih matang dalam menjalani ibadah puasa ini...

Bercerita tentang persiapan raya.. Tahun ini ku rasakan seperti kurang untuk membeli belah mungkin disebabkan aku kini ingin menguruskan diri termasuk keewangan dan keluarga jadi
ku mahu berfikir sebagai orang dewasa.
Berfikir tentang orang yang lebih memerlukan dariku..

Bercakap mengenai kerja, Hampir 3 bulan aku kerja tanpa rehat yang cukup...
tapi aku suka dalam keadaan begini. kerana saat beginilah membuatkan aku kurang memikirkan benda yg tidak sepatutnya aku fikirkan..

Walaubagaimanapun. kehidupan memang akan mematangkan kita ... sedikit demi sedikt..
masa demi masa...

Salam RAMADAN dari ku kepada seluruh UMAT islam..

No comments:

Post a Comment