Followers

Monday, June 15, 2009

puisi untuk mu...

pertamanya,
“aku cinta kamu’
biar kata – kata itu mendahului

biar kamu tahu
betapa aku menyayangimu
di seluruh ruang hati
kamu saja yang menghadiri

kadangkala hatiku sakit
bukan kerna kamu yang mencalarnya
bukan kerna kamu tiada di hati
kerana aku ingin kamu ubati
kerana aku ingin kamu selalu bersama denganku

tapi mengapa perkara ini yang terjadi
kita sudah terputus segalanya
akhirnya kamu meninggalkan aku
aku sedar kita tidak sepatutnya bertemu
dan kamu semakin melupakan aku
dan kita sama-sama buntu dalam kesempurnaan

pinta ku hanya satu
semoga kita bertemu dan bersatu
pinta ku walaupun sekadar hanya teman biasa
tapi ku ingin kamu tahu
bahawa aku amat merindui kamu
insan yang ku sayangi..

1 comment: