Followers

Tuesday, June 2, 2009

Global Economic..

Malam tadi, berita utama TV3, GM diistiharkan MUFLIS...bayangkan syarikat yg mempunyai
aset berbilion Dollar akhirnya mencapai jalan buntu dan mengistiharkan muflis untuk menstrukturkan semula dan mendapatkan dana bantuan...

Terfikir sejenak,..syarikat besar pun boleh muflis. ni kan aku..huhu.
Takut...jauhkan lah kemiskinan...Amin..

Kepada kawan2 semua pandai2 lah berjimat untuk masa depan kita..


GM diisytihar muflis
FRITZ HENDERSON
WASHINGTON 1 Jun- General Motors Corp. (GM) hari ini diisytiharkan muflis, sekali gus mengakhiri era kehebatan industri kereta Amerika Syarikat (AS) dan membuka jalan penguasaan kepentingannya oleh kerajaan dalam entiti yang pernah menjadi syarikat terbesar di dunia.
Pegawai kanan AS berkata, langkah itu merupakan proses perubahan bagi membolehkan GM keluar daripada perlindungan muflis sebagai sebuah syarikat baru dalam tempoh 60 hingga 90 hari.
GM akan memasuki mahkamah dengan bantuan kewangan bernilai berbilion dolar dari kerajaan dan memeterai perjanjian mengurangkan kos buruh, pertukaran hutang dengan pegangan ekuiti dan mengurangkan liabiliti sehingga 50 peratus.
Proses itu adalah sama seperti syarikat pengeluar kereta Chrysler, yang dijangka akan keluar daripada perlindungan muflis pada minggu ini selepas sebulan berada dalam perlindungan.
Namun, proses tersebut tidak akan sepantas Chrysler kerana GM adalah lebih besar, dan syarikat global yang rumit, kata pegawai pentadbir kanan kerajaan.
Presiden Barack Obama dijangka mengadakan sidang media hari ini, untuk membincangkan keadaan semasa industri automotif negara itu.
Ketua Pegawai Eksekutif GM yang baru, Fritz Henderson, yang dijangka terus menerajui syarikat baru itu, turut akan memberi taklimat kepada media selepas itu.
''Ia akan memberikan kesan yang besar kepada AS kerana GM bukan hanya sebagai sebuah syarikat tetapi adalah ikon,'' kata Prof. Gary Chaison dari Universiti Clark.
''Ia mewakili keagungan pembuatan dan kerja yang baik kepada rakyat AS. Dan kini ia sudah tiada,'' katanya.
Pembuat kereta terbesar AS itu akan menutup 11 kilang dan menghentikan operasi tiga kilang yang lain bagi mengurangkan kos operasi dalam usaha pulang modal sehingga 40 peratus jualan daripada jumlah keseluruhan jualan industri.
Kerajaan AS akan menyediakan dana tambahan AS$30.1 bilion (RM104.78 bilion) untuk membantu GM menstruktur semula syarikat di bawah perlindungan mahkamah dan akan menguasai 60 peratus pegangan dalam syarikat baru itu.
Sebelum ini, kerajaan AS telah menyediakan pinjaman sebanyak AS$19.4 bilion (RM67.51 bilion).
Selari dengan pengumuman GM itu, satu taklimat media akan diadakan oleh GM ASEAN di Kuala Lumpur esok untuk memaklumkan kesan perkembangan terbaru kepada operasinya di rantau ini termasuk di Malaysia.
Kumpulan DRB-Hicom Bhd. merupakan syarikat yang memasarkan kenderaan keluaran GM di negara ini melalui Hicom-Chevrolet Sdn. Bhd.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd. Khamil Jamil ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur berkata, pengisytiharan muflis itu tidak menjejaskan operasinya dan langkah berkenaan baik untuk GM dalam mengukuhkan semula kedudukannya.
''Bagi Hicom-Chevrolet kesan yang bakal diterima adalah sangat kecil, malah di peringkat Asia Pasifik juga tidak memberikan kesan yang mendalam,'' jelas Mohd Khamil.
Beliau berkata, langkah itu juga dapat membantu menstruktur semula syarikat dengan pengurusan liabiliti dan pemiutang dalam usaha untuk terus bergerak ke hadapan.
''Keputusan dibuat GM secara sukarela untuk mereka terus kekal relevan dalam keadaan ekonomi serta persaingan pasaran mencabar.
''Kami melihat mereka sebagai rakan niaga jangka panjang. Polisi antarabangsa dan produk baru mereka dapat terus diterima di Malaysia dan rantau ini,'' katanya ketika diminta mengulas tentang tindakan GM mengistiharkan dirinya muflis.
Pada masa yang sama, Penganalisis Automotif Maybank Investment Bank, TJ Liaw mengakui bahawa keputusan GM itu hanya memberikan kesan yang kecil terhadap operasi syarikat tempatan.
''Jumlah kenderaan milik GM di Malaysia adalah terlalu kecil, oleh itu kesannya tidak terlalu besar, katanya.

No comments:

Post a Comment