Followers

Tuesday, May 26, 2009

OutStation at Flextronics Plastic Senai, Johor..


Hari isnin 25 Mei 2009 hingga 26 Mei 2009, aku ditugaskan ke Flextronics Plastic Senai oleh big boss aku, hurm pergi dengan tujuan untuk pelajari segala sistem dan infrastruktur IT disana.

Disebabkan IT System Administrator telah letak jawatan jadi aku bekemungkinan akan mengantikan tempat dia. Tapi, buat sementara waktu sahaja sehingga budak baru masuk.

Cadangan telah aku berikan pada senior engineer aku supaya aku hanya pergi pada hari isnin dan selasa dan hari lain just standby sahaja. Harap2 berjaya lah..

Pandangan aku tentang Flextronics Plastic ni- huh...!

Bila aku jejakan kaki teringat hari pertama aku kerja dkt kilang plastic juga. Memori lama terpacul kembali. Rasa rendah diri sangat2..

Bayangkan selama 2 1/2 tahun di Flextronics PTP, yang terbesar sekali di Asia Tenggara tiba-tiba aku lompat ke Flextronics Plastic yang hanya ada lebih kurang 100 unit workstation. Terasa seperti aku balik semula pada keadaan teknologi 10 tahun dahulu. Segalanya ketinggalan zaman.
Dan satu perkara lagi, bayangkan hanya ada seorang staff IT sahaja. Kesunyian yang teramat sangat..huhu

Tetapi, banyak juga perkara yang amat menyentuh perasaan, bayangkan Plant Manager dan Operation Manager sendiri jumpa aku dan berkenalan. Mereka semua amat mengalu-alukan kedatangan aku. Seolah2 terasa diri ini diperlukan untuk berkhidmat disini..

Harap hari-hari yang mendatang akan lebih menyinari hidup aku dan kilang ini.


Pic 1 : Kekosongan Jawatan. Sapa lah yg ganti huhu..


Pic 2: Server2 yg ada,.sedih nye..


Pic 3 : PABX system ( more then 8years dah)


Pic 4 : Ini lah satu satunya Server Room yg ada.

No comments:

Post a Comment