Followers

Thursday, May 28, 2009

Influenza A H1N1



Selamat siang semua..

Pagi tadi masa aku tgh drive pergi kerja, aku terdengar dalam radio nye berita tentang laporan
Influenza a H1N1.. 13398 secara oficial nya telah dijangkiti wabak ini.. dan yang terbaru jiran kita iaiti Singapore mencatatkan satu rekod baru.. sangat menakutkan aku kerana saban hari kita ramai rakyat Malaysia yang berkerja berulang alik di Singapore..

Kalau sebelum ini PEnang juga mencatatkan kes yang sama tetapi ianya negatif, if positive pun..Ianya Jauh dari johor..kiranya susah lah sikit nk terkena kat sini sebab mesti sampai negeri-negeri yang berhampiran dengan Penang dulu kan..

Apapun sekarang kita kena mengamalkan langkah berjaga-jaga.
Pakai facial mask, kurangkan berada di tempat awam dan basuh tangan..
Kena lah selalu jaga kebersihan diri k.

Bila kita perlu basuh tangan;
1. sebelum and selepas makan
2. selepas buat sesuatu kerja diluar atau di rumah
3. selepas mengunakan tandas
4. selepas batuk atau bersin
5. selepas bermain dengan binatang
6. selepas balik kerja


Langkah-langkah untuk basuh tangan;
1.Basuhkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna
2.Gosok kedua-dua tapak tangan
3.Gosok setiap jari dan celah jari
4.Gosok kuku di tapak tangan
5.Gosok belakang tangan
6.Basuh tangan dengan air bersih secukupnya
7.Keringkan tangan dengan kain kering atau tisu.

No comments:

Post a Comment