Followers

Thursday, April 2, 2009

Kata Hati Kepada Diri...














Hati...
Hati berkata-kata..
Apa yang telah terjadi...
Mengapa diri sudah berubah..
Dimanakah punca segala perubahan itu..
Adakah semuanya berpunca dari hati..

Hati yang dulunya gelap gelita..
Hati yang dulunya sunyi dan sepi..
Hati yang dulunya resah dan gelisah..
Hati yang dulunya berubah-rubah nalurinya...

Hati..
Hati ini ingin bertanya lagi..
Mengapa diri kini sudah berubah...
Hati perlukan jawapan yang jelas dari diri...
Hati mahukan kejujuran yang persis dari diri,
Diri..
Berdiam diri taktala hati berkata..
Tersenyum manis bila hati mula berbisik menanya.
Diri tersenyum disudut memerhati hati...
Diri berdiam diri walaupun hati bertanya..
Diri menulis di awangan bahwa segala jawapan ada pada hati..Diri percaya segala perubahan yang berlaku bermula dari hati..
Jadi mengapa hati ingin bertanya pada diri...
Hati terduduk terdiam mencari jawapan..

Tiba tiba hati tersenyum gembira...
Mengapa..hati tersenyum riang...
Hati tersedar..segalanya berpunca dari seorang insan..
Seorang insan telah mewarnai hati dengan warna warna pelangi..Warna warna itu terhasil dari kasih sayang yang halus menyinari setiap ruang hati...

Hati dan Diri sama sama berpelukan gembira..
Kerana kehadiran insan itu telah membuatkan diri dan hati kembali bersinar..
Hati dan Diri sepakat berjanji bahawa hanya ada insan itu sahaja..
Hanya Insan itu sahaja yang akan sentiasa berada dalam jagaan hati dan diri..
Hati dan Diri
Sama berikrar akan menjaga insan itu seperti mana insan itu lakukan pada hati...

Wahai insan itu...
Dengar lah kata Hati kepada Diri....

1 comment:

  1. bertuah nya insan itu kan..disukai dan disenangi hati dan diri..so lucky..bukan senang tau hati dan diri nak seiya dan sekata..congrate to that insan..semoga kehadiran nya dari hari ke hari membuatkan hati dan diri menjadi semakin ceria dan happy..dan damia doakan kehidupan hati dan diri menjadi semakin bererti from now on..damia pun tumpang happy jugak.. :)

    ReplyDelete