Followers

Friday, April 10, 2009

Apa Kata Negarawan Kita..


Kabinet baru positif - Dr. M











Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan barisan Kabinet yang baru dilantik sebagai positif dan bukti 'pembersihan dalam parti' sedang berlaku.
"(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bertindak bijak dengan menggugurkan kebanyakan mereka yang dituduh mengamalkan rasuah walaupun seorang dua entah kenapa turut terselit,"

"Ianya positif. Tak ada orang yang jelas terlibat rasuah terpilih khususnya Ketua Pemuda yang didapati bersalah guna wang dalam pemilihan (UMNO). Dia tak diberi apa-apa jawatan pun. Itu satu bukti Najib ingin bersihkan parti.
"Ini satu pendirian yang tegas oleh Datuk Seri Najib. Oleh itu saya berasa kalau dia dapat beri pendirian yang tegas dalam perkara ini, perkara lain juga dia akan mempunyai pendirian yang tegas," katanya.

Dr. Mahathir juga berkata, jika beliau boleh mempengaruhi keputusan Najib, beberapa orang yang dilantik juga tidak akan berada dalam Kabinet.
Mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata: "Saya fikir dia memang layak dilantik kerana setakat yang saya tahu dia tak guna wang untuk dapat sokongan."

Apa kata kita, Dengan adanya barisan kabinet baru ini diharapkan ianya lebih telus dan saksama. Marilah sama-sama kita melihat dan memandang kepada KABINET RAKYAT ini.

1 comment:

  1. Peace of mind from a piece of my mind
    It's the heart afraid of breaking
    That never learns to dance.
    It's the dream afraid of waking
    That never takes the chance.
    It's the one who won't be taken
    Who cannot seem to give.
    And the soul afraid of dying
    That never learns to live.
    (nobility)

    ReplyDelete