Followers

Monday, March 2, 2009

aku, kini...

terima kasih yang utama ku tuju kepada mereka yang sudi membaca blog dan coretan ku ini..hari ini hari yang indah seperti hari-hari yang terdahulu. tetapi seindah-indah nya tetap terselit seribu rasa hampa dan pilu di dalam hati ku.. ku sendiri tidak mengerti mengapa perasaan dan fikiran ku bercelaru sebegini..hampir 2 bulan jiwa ku resah gelisah dan keliru..entah dimanakah silapnya sampai ku dihantui perasaan sebegini setiap hari..mungkin bagi rakan-rakan dan teman ku aku gembira tp di sudut hati ku ini hanya tuhan yang tahu.ku cuba untuk membuatkan diriku gembira tetapi..hanya luaran sahaja yang begitu..dan kadang-kadang ku letih untuk berkelakuan begini..namun biarlah ku begitu mengembirakan orang yang berada di sekeliling ku..agar mereka semua lebih gembira dariku.walaupun jauh dalam sudut hati ku terdapat ruang yang amat pilu sekali.
aku ingin meminta maaf kepada insan yang menyayangi ku setulus hati mereka, dan aku pula menghampakan mereka..mungkin aku bukan yang terbaik untuk kamu semua..aku mahu bersendirian..aku ingin bersihkan rasa pilu yang berada dalam hatiku, aku sendiri tidak tahu bila ianya akan hilang..namun aku akan berusaha...dan aku berharap insan-insan yang menyayangi ku mendapat kebahagiaan yang lebih bukan dari aku ini tapi dari orang yang lebih sempurna dariku.. aku insan yang lemah untuk mu semua.
sepanjang 2 bln ini pelbagai peristiwa berlaku kepada diri ku, dan ku terima segalanya mungkin segalanya adalah ketetapan ilahi..dan aku bermohon agar diberikan aku kekuatan untukmenempuhi hari-hari yang mendatang..
aku insan yang lemah...
aku akan sentiasa berdoa, agar orang yang ku sayangi dan ku rindui sentiasa bahagia bersama orang yang mereka sayang..dan semoga mereka jumpa orang yang lebih sempurna dari ku..

tentang diriku..aku kini seperti lalang-lalang yang bergerak mengikut tiupkan angin..jiwa, perasaan dan fikiran ku seperti ombak yang menganas..

Ya Illahi Ya Tuhanku,
Ampunilah dosa dosa ku, Aku rindukan kehadiran Mu, Sepanjang jalan hayat hidupku , Tiada berharap hanya dari MuPenuh harapan petunjuk Mu, Aku tersesat di jalan iniTak tau lagi arah kembali, Tunjuklah aku kemana pergiHamba Mu ini menuju Mu, Jiwa ragaku jadi belengguHanya rahmat Mu selamatkanku,
Relakan aku dekat pada Mu

Ya Illahi, pandanglah kuMohon curahkan belas kasih Mu,
Agar ku dapat keredhaan Mu

2 comments:

  1. SECEBIS KESEDARAN
    Kelembutan kalbu bergetar
    Dalam diam terpana cahaya di lorong sepi
    Bisa menangis, berdiri dalam kepayahan
    Kecewa lagi, suratan tertulis, Lauh Mahfuz
    Rindu pada-Nya kini menggamit kembali
    Tersedar dalam mimpi yang panjang
    Akukah yang bersalah?
    Atau Dia sahaja yang memang benar
    Ya, Dia Maha Mengetahui
    Menyedarkan aku kembali kepada-Nya
    Mengusap lembut ingatanku
    Adakah hidup perlu begini?
    Bahagia sekelumit dirasai
    Atau aku yang tidak mensyukuri
    Ya, nikmat Dia luas
    Hingga tidak sempat diamati
    Setabah citaku pada-Mu
    Secekal rinduku pada kekasih-Mu
    Aku tahu ini ikhtibar dari-Mu
    Tanda kasih cinta-Mu sentiasa mengingatiku
    Sekalung syukur pada yang Mencipta
    Kesedaran ini masih belum lewat
    Mengutip setiap helaian pengajaran
    Di dada bumi-Mu
    Bawah rimbunan nikmat-Mu
    Kini, cinta-Mu Ya Allah
    Mengiringiku dalam perjuangan hayat
    Bagi insan bernama manusia..

    I’tiraf
    Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla,
    walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi.
    Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii,
    fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi
    Tuhanku, aku tidak layak untuk syurga-Mu
    Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka-Mu
    Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku
    Ampunkanlah dosaku
    Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

    ReplyDelete
  2. perjalanan hidup ni segala nyer sudah tertulis..
    tak perlu kesal dgn apa yang da berlaku..

    ReplyDelete