Followers

Friday, February 6, 2009

Kejayaan Anda Bergantung Kepada Orang Lain

Sebenarnya Lapan Puluh Lima Peratus (85%) kejayaan kita bermula dan bergantung kepada orang di sekeliling kita, pengetahuan yang kita dapat daripada orang lain serta kenalan
kita.

Menurut Multi-Millionaire ‘Robert Kiyosaki’, Jika sesorang itu mahu jadi kaya, maka orang itu perlu bergaul dengan billionaires! Tapi bagaimana orang macam kita ini ingin bergaul dengan billionaires. Jawapannya ialah bermaksud kita hendaklah bergaul dengan orang yang lebih kaya dari kita..

Pakar motivasi ‘Anthony Robbins’ mengatakan bahawa dirinya lebih merapati orang yang lebih berjaya daripadanya dan lebih bermotivasi daripadanya.

Sebenarnya dalam menentukan bulatan kenalan kita, kita perlu memilih sedikit atau cerewet memilih kenalan.

Bukan bererti kita tidak berkawan dengan sesetengah orang. Tetapi, kita perlu dekati orang yang lebih berjaya daripada kita dan bacalah kisah – kisah orang yang berjaya dan perlajari dan aplikasikannya dalam hidup kita.


“Keyakinan akan memotivasikan diri kita untuk melangkah lebih tinggi..”

No comments:

Post a Comment