Followers

Friday, January 2, 2009

aku, kini....

terima kasih yang utama ku tuju kepada mereka yang sudi membaca blog dan coretan ku ini..hari ini hari yang indah seperti hari-hari yang terdahulu. tetapi seindah-indah nya tetapterselit seribu rasa hampa dan pilu di dalam hati ku.. ku sendiri tidak mengerti mengapa perasaan dan fikiran ku bercelaru sebegini..hampir 2 bulan jiwa ku resah gelisah dan keliru..entah dimanakah silapnya sampai ku dihantui perasaan sebegini setiap hari..mungkin bagi rakan-rakan dan teman ku aku gembira tp di sudut hati ku ini hanya tuhan yang tahu.ku cuba untuk membuatkan diriku gembira tetapi..hanya luaran sahaja yang begitu..dan kadang-kadang ku letih untuk berkelakuan begini..namun biarlah ku begitu mengembirakan orang yang berada di sekeliling ku..agar mereka semua lebih gembira dariku.walaupun jauh dalam sudut hati ku terdapat ruang yang amat pilu sekali.
aku ingin meminta maaf kepada insan yang menyayangi ku setulus hati mereka, dan aku pulamenghampakan mereka..mungkin aq bukan yang terbaik untuk kamu semua..aku mahu bersendirian..aku ingin bersihkan rasa pilu yang berada dalam hatikuaku sendiri tidak tahu bila ianya akan hilang..namun aku akan berusaha...dan aku berharap insan-insan yang menyayangi ku mendapat kebahagian yang lebih bukan dariaku ini tapi dari orang yang lebih sempurna dariku.. aku insan yang lemah untuk mu semua.
sepanjang 2 bln ini pelbagai peristiwa berlaku kepada diri ku, dan ku terima segala nyamungkin segalanya adalah ketetapan ilahi..dan aku bermohon agar diberikan aku kekuatan untukmenempuhi hari-hari yang mendatang..aku insan yang lemah...
aku akan sentiasa berdoa, agar orang yang ku sayangi dan ku rindui sentiasa bahagia bersamaorang yang mereka sayang..dan semoga mereka jumpa orang yang lebih sempurna dari ku..
tentang diriku..aku kini seperti lalang-lalang yang bergerak mengikut tiupkan angin..jiwa, perasaan dan fikiran ku seperti ombak yang menganas..
Ya Illahi Ya Tuhanku, Ampunilah dosa dosa ku, Aku rindukan kehadiran Mu, Sepanjang jalan hayat hidupku , Tiada berharap hanya dari MuPenuh harapan petunjuk Mu, Aku tersesat di jalan iniTak tau lagi arah kembali, Tunjuklah aku kemana pergiHamba Mu ini menuju Mu, Jiwa ragaku jadi belengguHanya rahmat Mu selamatkanku, Relakan aku dekat pada Mu
Ya Illahi, pandanglah kuMohon curahkan belas kasih Mu, Agar ku dapat keredhaan Mu