Followers

Monday, July 14, 2008


Aku..
Sebelum mengenali dirimu..
Aku merupakan insan yang sunyi dan sepi..
Sayup tanpa kasih sayang seorang teman mesra..
Angan-angan sahaja yang kerap menyelubungi diriku..
Hati ku kosong, hampa dan pilu..

Engkau..
Insan yang baru ku kenali..
Mulanya aku terasa seperti takut padamu..
Takut engkau hanya permainkan diriku..
Tp bagiku Engkau amat sempurna..
Menyinari hatiku saat kali pertama bertemu..
Memberi ku harapan yang tidak pernah ku impikan..

Tiba-Tiba
Tiba-tiba, hatiku terpesona kepadamu..
Jiwa ku meronta-ronta untuk mendapatkanmu..
Tutur katamu membuatkan aku amat ingin bersamamu..
Kesopanan mu membuatkan ku teruja untuk memiliki mu..
Tanpa ku sedar aku telah jatuh cinta pada mu..
Sehingga ku rasa seperti ingin bersamamu selamanye..


Cinta..

Cintaku ini berbeza berbanding cintaku terdahulu..
Kestimewaan cinta ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata..

Hanya warkah ini yang dapat ku selitkan perasaan ku ini pada mu..
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai..
Dengan ini terimalah bahawa..
Saya cinta kamu..